Berubah … perubahan
?apa ada pada perkataan jika hati tak pernah sudi untuk membuatnya , ya
, saya di sini bukanlah mahu memberikan ceramah kepada sesiapa , sekadar
peringatan dan nasihat buat diri sendiri dan teman semua .*penceramah bebas ^^
Seringkali hati ini berdetik , bila aku mahu berubah .namun
sukar untuk digambarkan , betapa indah jika seseorang itu melakukan perubahan
diri ikhlas semata-mata kerana Allah . nice right .
Mungkin hati korang Pernah mula untuk berubah tapi dek
kerana mendengar kata orang , terbantut lah niat kita itu kan , nah!sedar2 kita
masih di takuk yang lama tanpa melakukan apa2 perubahan .ap ada pada orang lain
sehinggakan kita masih mengambil apa yang mereka cakap , apa yang mereka kritik
tentang kita ,bak kata pepatah “mulut tempayan boleh juga ditutup , tapi mulut
orang tak kan dapat ditutup melainkan mereka sendiri yang mengambil inisiatif
untuk menutup mulut sendiri” . *panjang pula merepek
Merepek itu satu hobi ==’
kawan bukan mudah untuk melakukan perubahan , ye saya tahu ,
sebab saya sendiri masih duduk di takuk yang lama , sedangkan kawan-kawan yang
lain sudah pergi ke bulan dan bintang untuk mencapai impian *pergi planetarium
or pusat sains maksud saya ==’
namun setiap kali ada kebaikan yang kita mula laksanakan ,
ada sahaja mulut-mulut comel yang seakan-akan prihatin tentang diri kita .
betul tak . ?
p/s :tersenyumlah bila ditegur , kerana anda masih dipandang
oleh masyarakat
*padehal kritikan yang diberi sangat pedas dan menyentuh
sanubari , ceewahh :P
Setiap orang diberi peluang oleh Allah untuk melakukan
perubahan .tak kisah perubahan dari segi apa pun , tapi seeloknya berubahlah
kepada yang kurang baik kepada yang lebih baik , nah , sudah terang lagi
bersuluh *hamek kau peribahasa aku ==’
Banyak kita lihat kan ramai je kawan-kawan kita dah
melakukan perubahan itu , kepada yang ketat terus yang longgar , dari kecik
kepada besar , dari nempak terus tak Nampak . eerk ! bagaimanakah itu . ?
*pandai-pandailah mentafsir ayat ini
Jangan pula salah faham dengan apa saya cakap , saya di sini bukan mahu tunjuk baik , tunjuk
alim k atau apa-apa yang sewaktu dengannya , sekadar menulis untuk mengingatkan
diri yang kadangkala alpa dan lalai kepadaNYA.
‘semakin banyak kebaikan yang anda lakukan , semakin banyak
ujian yang datang’
antaranya ‘wehh , kawan kau tu bajet baik lah , konon2 alim
, padehal macam kite-kite je dia tu kan … blaa . blaa.. blaa ….’
bersabarlah , janji Allah tu kan benar dan pasti .insyaAllah
DIA sentiasa ada dengan kita yang bersabar,
ye , mungkin ada segelintir di luar sana mahu memberikan
komen tentang penulisan saya , mungkin ada suara-suara merdu yang berkata-kata
kerana mereka kenal perangai saya macam mana , tapi tidak apa , saya tak kan
berprasangka buruk terhadap anda lagi , saya juga tak perlukan pandangan anda ,
tapi Cuma nak bagitahu
p/s : KALAU ANDA NAMPAK SAYA diluar nanti MEMBUAT PERKARA YANG TIDAK ELOK DI MATA ANDA
, ATAU BERPAKAIAN KURANG SOPAN , ATAU YANG SEWAKTU DENGANNYA , TEGURLAH SAYA ,
SAYA MOHON , JANGAN BERCAKAP BELAKANG SAYA LAGI OKAY . *bajet gud2 saje . hewhew :P
TERIMA KASIH ADA PINGAT , JASA ANDA SAYA INGAT , CEEWAH !
*rindu nak pantun , bekas pemantun sekolah . wooot ! woott ^^ , bajet di situ
==’
Idea yang datang------->>datangnya dari Allah S.W.T
Panduan
------>> blog senior dan pengalaman orang sekeliling *jadi
wartawan sementara
Wallahualam =’)