Thursday 19 April 2012

speechless


Berubah … perubahan  ?apa ada pada perkataan jika hati tak pernah sudi untuk membuatnya , ya , saya di sini bukanlah mahu memberikan ceramah kepada sesiapa , sekadar peringatan dan nasihat buat diri sendiri dan teman semua .*penceramah bebas ^^
Seringkali hati ini berdetik , bila aku mahu berubah .namun sukar untuk digambarkan , betapa indah jika seseorang itu melakukan perubahan diri ikhlas semata-mata kerana Allah . nice right .
Mungkin hati korang Pernah mula untuk berubah tapi dek kerana mendengar kata orang , terbantut lah niat kita itu kan , nah!sedar2 kita masih di takuk yang lama tanpa melakukan apa2 perubahan .ap ada pada orang lain sehinggakan kita masih mengambil apa yang mereka cakap , apa yang mereka kritik tentang kita ,bak kata pepatah “mulut tempayan boleh juga ditutup , tapi mulut orang tak kan dapat ditutup melainkan mereka sendiri yang mengambil inisiatif untuk menutup mulut sendiri” . *panjang pula merepek
Merepek itu satu hobi ==’
kawan bukan mudah untuk melakukan perubahan , ye saya tahu , sebab saya sendiri masih duduk di takuk yang lama , sedangkan kawan-kawan yang lain sudah pergi ke bulan dan bintang untuk mencapai impian *pergi planetarium or pusat sains maksud saya ==’
namun setiap kali ada kebaikan yang kita mula laksanakan , ada sahaja mulut-mulut comel yang seakan-akan prihatin tentang diri kita . betul tak . ?
p/s :tersenyumlah bila ditegur , kerana anda masih dipandang oleh masyarakat  
*padehal kritikan yang diberi sangat pedas dan menyentuh sanubari , ceewahh :P
Setiap orang diberi peluang oleh Allah untuk melakukan perubahan .tak kisah perubahan dari segi apa pun , tapi seeloknya berubahlah kepada yang kurang baik kepada yang lebih baik , nah , sudah terang lagi bersuluh *hamek kau peribahasa aku ==’
Banyak kita lihat kan ramai je kawan-kawan kita dah melakukan perubahan itu , kepada yang ketat terus yang longgar , dari kecik kepada besar , dari nempak terus tak Nampak . eerk ! bagaimanakah itu . ? *pandai-pandailah mentafsir ayat ini
Jangan pula salah faham dengan apa saya cakap ,  saya di sini bukan mahu tunjuk baik , tunjuk alim k atau apa-apa yang sewaktu dengannya , sekadar menulis untuk mengingatkan diri yang kadangkala alpa dan lalai kepadaNYA.
‘semakin banyak kebaikan yang anda lakukan , semakin banyak ujian yang datang’
antaranya ‘wehh , kawan kau tu bajet baik lah , konon2 alim , padehal macam kite-kite je dia tu kan … blaa . blaa.. blaa ….’
bersabarlah , janji Allah tu kan benar dan pasti .insyaAllah DIA sentiasa ada dengan kita yang bersabar,



ye , mungkin ada segelintir di luar sana mahu memberikan komen tentang penulisan saya , mungkin ada suara-suara merdu yang berkata-kata kerana mereka kenal perangai saya macam mana , tapi tidak apa , saya tak kan berprasangka buruk terhadap anda lagi , saya juga tak perlukan pandangan anda , tapi Cuma nak bagitahu
p/s : KALAU ANDA NAMPAK SAYA diluar nanti  MEMBUAT PERKARA YANG TIDAK ELOK DI MATA ANDA , ATAU BERPAKAIAN KURANG SOPAN , ATAU YANG SEWAKTU DENGANNYA , TEGURLAH SAYA , SAYA MOHON , JANGAN BERCAKAP BELAKANG SAYA LAGI OKAY .  *bajet gud2 saje . hewhew :P
TERIMA KASIH ADA PINGAT , JASA ANDA SAYA INGAT , CEEWAH ! *rindu nak pantun , bekas pemantun sekolah . wooot ! woott ^^ , bajet di situ ==’

Idea yang datang------->>datangnya dari Allah S.W.T
Panduan              ------>> blog senior dan pengalaman orang sekeliling *jadi wartawan sementara
Wallahualam =’)

No comments:

Post a Comment

seindah hiasaN ..

seindah hiasaN ..
try goNna be like this . can I . ?